SELAMAT DATANG

Iklan seketika

Saturday, August 21, 2010

kecelaruan gender......


ketika asyik memikirkan apa yg perlu aku masukkan dalam blog, tiba-tiba isu kecelaruan gender menarik perhatianku. aku bukannya apa, sebab aku sendiri pernah mengalaminya so aku bleh la cerita lebih lanjut...
aku dilahirkan dalam keluarga yang agak menjaga tingkah laku anak perempuan nie dan aku tidak dibenarkan untuk melakukan aktiviti lasak seperti kebanyakkan budak lelaki lakukan. namun, apa yg menjadi penghalang adalah merupakan dorongan kepadaku. hehehehehe....

aku memang cukup pantang  dengar abg @ ayah hendak pergi memancing, menjala @ memanah ikan. klu diorang sebut nk pergi, aku merupakan org pertama yg akan ikut serta walaupun aku seorang je girl... aku xkisah janji aku bleh join.... selalunya emak org pertama yg melarang supaya aku jangan ikut serta tapi pandai la aku bagi alasan klu nk ikut... emak slalu kata yang memancing, menjala n memanah kerja lelaki, so perempuan xboleh ikut... tp kata2 emak membuatkan aku terfikir alangkah bagusnya klu aku dilahirkan sbg seorang lelaki. aku bebas untuk melakukan apa sahaja yg aku inginkan...

utk melihat aku nie ada potensi tak untuk menjadi lelaki, aku pon mencuba cap abg aku n bila aku tnya emak cantik x orang pkai cap nie. nk tau x emak kata apa?? huh, xcantik langsung, pakai gaun n lepas rambut lg cantik... yea ke, emak x cantik? orang tengok cantik je... kalau xcaya, p tnya ayah n abg.. aku pon dgn lurusnya tanya la kt ayah... ayah kata, anak ayah lagi cantik klu xpkai cap n berpakaian mcm slalu...

wlaupun aku mempunyai prasaan utk menjadi lelaki tapi aku pendamkn apabila mendengar ayah berkata demikian... namun sekarang, aku bersyukur sgt kerana faktor ayah n emak yg melarang, akhirnya aku menjadi diri seorang perempuan... dulu pon, aku hendak jadi lelaki pon sbb dh jemu pakai gaun, baju kebaya, kebarung n aku xdibenarkan bermain xktiviti lasak sgt... tp sekarang, emak n ayah xkisah pon klu aku nk panjat gunung atau bermain futsal asalkn sifat feminin masih ada dlm diriku... malah, aku bersyukur sgt kerana dilahirkan menjadi wanita.... kita hendaklah mensyukuri kejadian Tuhan kerana tiap-tiap kejadian-Nya adalah yang terbaik n ada hikmah di sebaliknya.

di belakang lelaki yang berjaya adalah seorang wanita...
dari wanitalah lahirnya insan2 yg berjaya n berguna...
wanita juga mampu mengegar dunia...

lelaki atau perempuan masing-masing mempunyai kelebihan n kekurangan tersendiri maka jadikan kelebihan yang ada pada diri kita sebagai kekuatan n kekurangan yang ada pada diri sebagai panduan untuk menjadi lebih baik...

renung-renungkanlah.............

No comments:

Post a Comment

iklan