SELAMAT DATANG

Iklan seketika

Thursday, August 26, 2010

Cara Pemilihan Tali Leher

Tali leher sememangnya mempunyai gaya dan fesyennya tersendiri. Oleh itu, anda mestilah bijak memilih warna dan corak tali leher sesuai dengan trend yang sedang melanda. Anda juga perlu memahami erti corak dan warna tali leher yang dipakai agar tidak tersalah menyesuaikannya.

Biru
warna paling popular sepanjang masa. Ia juga simbol ketulusan hati, tenang dan yang terbaik. selain itu, menggambarkan sifat yang jujur, pekerja yang rajin dan rendah diri. secara psikologinya, warna ini memberi kesan ketenangan.

Merah
Merah adalah warna yang dapat menggambarkan cinta dan kemarahan, bahaya, keberanian dan tanda seksualiti seseorang.



Oren
Bukan warna yang popular dan oren yang kemerahan menggambarkan tanda bahaya.

Hitam  
Secara tradisional, hitam adalah warna yang tidak menarik dan simbol kedukaan. Tali leher berwarna hitam lebih dikenali sebagai tali leher kupu-kupu. Hitam jika dipadukan dengan garis yang cerah akan menjadi tali leher yang elegen.

Kelabu
Menggambarkan kesungguhan seseorang untuk mendapatkan sesuatu.


Kuning 
Muda, penuh harapan dan bahagia.

Hijau
Memberikan kesan pada si pemakai sebagai seseorang yang berwawasan luas, tapi sukar untuk difahami, tetapi jujur.


Coklat
Warna yang kelihatan agak kotor, menggambarkan sifat yang terbuka dan mempunyai daya bisnes yang kuat.

Bergaris 
Konservatif, teratur, boleh diharapkan, ceria dan teman yang menghibur.

Polkadot
Lebih banyak dipakai oleh pelawak, menimbulkan kesan humor dan lucu, ditambah pula dengan bulatan yang besar, bulatan kecil memberikan kesan yang lebih baik.

Bercorak Gelombang
Menggambar kebebasan dan santai. Bentuk paisly menggambarkan kreativiti dan relaks.
 


 

Saturday, August 21, 2010

kecelaruan gender......


ketika asyik memikirkan apa yg perlu aku masukkan dalam blog, tiba-tiba isu kecelaruan gender menarik perhatianku. aku bukannya apa, sebab aku sendiri pernah mengalaminya so aku bleh la cerita lebih lanjut...
aku dilahirkan dalam keluarga yang agak menjaga tingkah laku anak perempuan nie dan aku tidak dibenarkan untuk melakukan aktiviti lasak seperti kebanyakkan budak lelaki lakukan. namun, apa yg menjadi penghalang adalah merupakan dorongan kepadaku. hehehehehe....

aku memang cukup pantang  dengar abg @ ayah hendak pergi memancing, menjala @ memanah ikan. klu diorang sebut nk pergi, aku merupakan org pertama yg akan ikut serta walaupun aku seorang je girl... aku xkisah janji aku bleh join.... selalunya emak org pertama yg melarang supaya aku jangan ikut serta tapi pandai la aku bagi alasan klu nk ikut... emak slalu kata yang memancing, menjala n memanah kerja lelaki, so perempuan xboleh ikut... tp kata2 emak membuatkan aku terfikir alangkah bagusnya klu aku dilahirkan sbg seorang lelaki. aku bebas untuk melakukan apa sahaja yg aku inginkan...

utk melihat aku nie ada potensi tak untuk menjadi lelaki, aku pon mencuba cap abg aku n bila aku tnya emak cantik x orang pkai cap nie. nk tau x emak kata apa?? huh, xcantik langsung, pakai gaun n lepas rambut lg cantik... yea ke, emak x cantik? orang tengok cantik je... kalau xcaya, p tnya ayah n abg.. aku pon dgn lurusnya tanya la kt ayah... ayah kata, anak ayah lagi cantik klu xpkai cap n berpakaian mcm slalu...

wlaupun aku mempunyai prasaan utk menjadi lelaki tapi aku pendamkn apabila mendengar ayah berkata demikian... namun sekarang, aku bersyukur sgt kerana faktor ayah n emak yg melarang, akhirnya aku menjadi diri seorang perempuan... dulu pon, aku hendak jadi lelaki pon sbb dh jemu pakai gaun, baju kebaya, kebarung n aku xdibenarkan bermain xktiviti lasak sgt... tp sekarang, emak n ayah xkisah pon klu aku nk panjat gunung atau bermain futsal asalkn sifat feminin masih ada dlm diriku... malah, aku bersyukur sgt kerana dilahirkan menjadi wanita.... kita hendaklah mensyukuri kejadian Tuhan kerana tiap-tiap kejadian-Nya adalah yang terbaik n ada hikmah di sebaliknya.

di belakang lelaki yang berjaya adalah seorang wanita...
dari wanitalah lahirnya insan2 yg berjaya n berguna...
wanita juga mampu mengegar dunia...

lelaki atau perempuan masing-masing mempunyai kelebihan n kekurangan tersendiri maka jadikan kelebihan yang ada pada diri kita sebagai kekuatan n kekurangan yang ada pada diri sebagai panduan untuk menjadi lebih baik...

renung-renungkanlah.............

Friday, August 20, 2010

nie la wajah2 ceria barisan fasilitator yg bertungkus-lumus untuk mengadakan program di sek.men.keb.raja chulan... aq happy dpt bekerjasama dgn kwn2 yg 1 kpala dgn aq. kt cni juga la, aq dpt mengenal diri kwn2 aq yg baik hati nie iaitu sanggup melakukan apa saja utk melihat program kami berjalan dengan lancar... klu ada rezeki kita akan  bertemu lagi utk program yg akn datang... korang mmg best n terbaik bagi aq...

sebelum aq masuk ke UPSI nie, ramai org cakap kat aq betapa susahnya mencari kawan di universiti, kebanyakkan kawan hanya mahu mengambil kesempatan di atas kebaikkan kita namun aq menafikannya kerana aq dh jumpa kwn2 yg terbaik di sini. kwn2 yg boleh utk berkongsi masalah @ pendapat. kenakalan dan kelucuan mereka membuatkan aku sedar betapa bertuahnya aku menjadi kawan mereka. aq ingin memberitahu kepada individu yang mengatakan bhw susah mencari kwn sejati di kolej @ universiti bahawa jangan sekali-kali berputus asa untuk mencarinya kerana sekali kita berputus asa selama-lamanya kita tidak menemuinya... i love u all.... muahhhh

iklan